Kedermawanan dan penajaan Aiman_Hakim_Ridza

Aiman Hakim sebagai duta Garnier Men.

Pada April 2012, Aiman bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Intan Ladyana dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL).Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni". Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni.[25]

Pada Julai 2013, TV3 melantik Aiman ​​bersama-sama dengan Ady Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Neelofa sebagai duta untuk Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3, "Pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal".[26][27][28]

Pada Januari 2014, Aiman ​​dan Zara Zya telah dilantik sebagai Duta Promosi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan DFKL 2014 melalui laman rangkaian sosial, mengambil bahagian dalam pameran bergerak, bengkel dan Anugerah DFKL 2014.

Pada Jun 2017, Aiman bersama Maria Farida, Eyka Farhana dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.

Rujukan

WikiPedia: Aiman_Hakim_Ridza http://www.budiey.com/drama-bersiri-autumn-di-hati... http://www.budiey.com/drama-bersiri-friday-im-in-l... http://www.budiey.com/sinopsis-drama-selamat-penga... http://www.gempak.com/artikel/1271/aiman-hakim-bet... http://www.imdb.com/name/nm9101168/ http://www.astrogempak.com.my/artikel/3562/urusan-... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penanga... http://www.bharian.com.my/node/107030?m=1 http://www.bharian.com.my/node/157076?m=1 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=01...